Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saab jangka pertumbuhan jualan global 5 peratus

KUALA LUMPUR 14 Mac – Syarikat pertahanan dan keselamatan terkemuka dari Sweden, Kumpulan Saab menjangkakan pertumbuhan jualan globalnya sebanyak lima peratus bagi tahun ini termasuk didorong oleh tempahan kukuh pesawat pejuang, Gripen.

\Thomas Linden
Thomas Linden

Naib Presidennya, Thomas Linden berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi pertumbuhan syarikat berkenaan sebanyak 20 peratus pada 2014 sehingga 2016.

Menurut beliau, jualan Kumpulan Saab secara keseluruhan berjumlah RM14.2 bilion pada tahun lalu dengan dianggarkan sebanyak RM100 juta dijana daripada pasaran Malaysia.

“Kami percaya dapat mencapai sasaran itu berdasarkan pelbagai faktor termasuk kedudukan semasa Saab yang sangat baik selain bilangan tempahan produk juga agak tinggi.

“Malah, tempahan bagi Gripen juga sangat memuaskan antaranya 60 unit modul E dijual kepada Sweden dan 36 unit modul NG kepada Brazil selain peningkatan dalam bilangan tempahan kecil dan sederhana dari negara luar,” katanya dalam taklimat media berhubung perkongsian strategi bagi Asia Pasifik dan memperkenalkan produk untuk Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017, di sini hari ini.

Menurut Linden yang juga Ketua Saab Malaysia, pihaknya yakin dengan peluang pasaran antarabangsa bagi membolehkan syarikatnya menghasilkan pelbagai produk baharu.

Malah, katanya, Gripen dan Sistem amaran awal dan kawalan udara (AEW&C) akan menjadi antara produk penyumbang utama kepada pertumbuhan jualan syarikatnya untuk tahun ini.

Dalam pada itu, Linden berkata, Saab melihat penganjuran LIMA kali ini mampu memberi manfaat kepada syarikat.

“Dengan mengambil kira situa­si ekonomi global yang tidak menentu, Saab antara pengeluar yang menawarkan produk terbaik dengan harga mampu milik.

“Memandangkan perbelanjaan bagi sektor pertahanan dan keselamatan di rantau Asia Pasifik semakin meningkat, LIMA 2017 adalah platform terbaik untuk mempamerkan pencapaian kami dan bertemu dengan pelanggan-pelanggan baharu,” katanya.

Katanya, Saab akan mengete­ngahkan beberapa produk utama syarikatnya seperti Gripen, AEW&C dan Sistem Pertahanan Maritim dalam pameran LIMA 2017 yang berlangsung mulai 21 hingga 25 Mac ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain