Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Royal Chulan Cherating 
tarikan baharu di Pahang

The Royal Chulan Resort Cherating memiliki keistimewaan tersendiri
The Royal Chulan Resort Cherating memiliki keistimewaan tersendiri dan bakal menjadi tarikan pelancong ke Pahang.

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pembukaan pusat peranginan bertaraf lima bintang, The Royal Chulan Resort Cherating akan menjadi satu tarikan baharu kepada kawasan pelancongan itu yang popular dengan keunikan pantainya.

Pengarah Operasi Kumpulan Boustead Hotels & Resorts Sdn. Bhd. (Boustead Hotels & Resorts), Datuk Mokhtar Khir berkata, projek berkenaan yang dibina dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM100 juta merupakan rangkaian hotel kelapan di bawah Boustead Hotels & Resorts.

Katanya, dengan pembukaan pusat peranginan terbaharu itu, ia secara tidak langsung menandakan penglibatan aktif kumpulan dalam industri perhotelan dan hospitaliti di negara ini.

“Kami amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada Kumpulan Bous­tead Holdings Bhd. (Boustead) yang kita sedia maklum merupakan syarikat milik Melayu dan kemudiannya terlibat dalam industri perhotelan secara agresif,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Boustead Hotels & Resorts mula bertapak dalam industri perhotelan dengan pelancaran pertama Royale Bintang Kuala Lumpur di Bukit Bintang pada 2004.

Kemudiannya, ia diikuti dengan pembukaan hotel seterusnya iaitu Royale Bintang The Curve, The Royale Bintang Resort & Spa Seremban, The Royale Chulan Kuala Lumpur, Royal Chulan Damansara dan Royale Bintang Pulau Pinang.

Syarikat juga memiliki satu-satunya hotel di luar negara iaitu Royale Chulan Hyde Park Hotel di London, United Kingdom.

The Royal Chulan Resort Cherating mempunyai 13 buah vila dua bilik, lima vila junior suite, empat vila utama, enam chalet tepi pantai dan lapan junior suite serta kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, spa, gimnasium dan kemudahan sukan air.

Menurut Mokhtar, setakat ini pembangunan The Royal Chulan Resort Cherating ha­nya merangkumi keluasan 2.83 hektar daripada keseluruhan tapak seluas 6.07 hektar yang akan dikekalkan sebagai tapak rekreasi.

“Terletak bersebelahan dengan vila pusat peranginan ini, kita juga sedang membina hotel 10 tingkat yang menawarkan 200 bilik dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Dalam pada itu, kita juga dalam fasa membangunkan satu lagi hotel chalet yang mempunyai 80 bilik yang terletak bersebelahan hotel ini,” katanya.

Beliau memberitahu, pada peringkat awal, sebanyak 25 kakitangan terdiri daripada penduduk setempat telah dilatih untuk mengendalikan hotel tersebut dan jumlah itu dijangka meningkat apabila siap fasa kedua hotel tersebut.

Mengenai prospek industri pelancongan, beliau optimis kesan penyusutan mata wang akan terus menarik kedatang­an pelancong ke negara ini yang memiliki banyak lokasi menarik untuk diterokai.

“Tetapi industri perhotelan dan hospitaliti di negara ini perlu tampil lebih kreatif dan inovatif dalam usaha menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja luar negara tetapi juga di peringkat domestik,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain