Ahmad Maslan
AHMAD MASLAN

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peruntukkan tersebut disalurkan melalui pelbagai program yang dilaksanakan oleh agensi kementerian tersebut seperti Peningkatan Enterprise Bumiputera; Program Galakan Eksport Bumiputera dan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Beliau berkata, pihaknya akan terus membantu usahawan bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara berteraskan keusahawanan.

“Ini adalah usaha yang berterusan dilakukan bagi melahirkan lebih ramai usahawan di negara kita terutama daripada kalangan bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas Program Sembang Santai Usahawan Kelantan di sini hari ini.

Ahmad bagaimanapun mengakui untuk mencapai hasrat kerajaan bukan satu perkara yang mudah biarpun pelbagai program telah dilaksanakan.

“Sehingga kini terdapat 645,136 usahawan PKS di seluruh negara dengan PKS yang dimiliki oleh usahawan bumiputera hanya 37 peratus yang kebanyakan masih lagi berada di peringkat perusahaan kecil.

“Daripada jumlah ini, di Kelantan terdapat 38,064 syarikat entiti perniagaan PKS dengan 92 peratus perniagaan adalah mikro iaitu pekerja tidak lebih daripada lima orang dan nilai jualan tidak lebih daripada RM300,000 setahun,” katanya.

Tambahnya, kerajaan memberikan penekanan yang amat serius untuk keusahawanan apabila hampir kesemua kementerian mempunyai program dalam bidang tersebut.

“Jumlah peruntukan di atas baru daripada SME Corp, tidak termasuk agensi lain seperti MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun.

“Kita perlu terus membantu untuk mewujudkan golongan usahawan daripada kalangan bumiputera kerana jumlah yang ada sekarang amat kecil,” katanya.