Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, buku tersebut menampilkan syarikat daripada 10 segmen industri yang berbeza dengan sektor terbesar adalah pembinaan dan pengguna.

Menurut beliau, landskap pe­laburan serantau kekal kukuh dan para pelanggan perlu memanfaatkan setiap fakta yang terdapat dalam buku itu untuk membuat keputusan perniagaan yang wajar.

“Saham modal kecil di Malaysia mempunyai potensi yang baik dan mampu menarik minat pelbagai institusi serta pelabur runcit selain sokongan asas ekonomi yang kukuh, kenaikan harga mi­nyak global dan pemulihan ringgit.

“Buku ini memberi pandangan berharga dan idea pelaburan kepada pelanggan serta membantu mereka untuk mencapai objektif pelaburan,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah Khairussaleh, ke­tidakstabilan yang wujud dalam saham modal kecil menawarkan para pelabur peluang untuk meningkatkan nilai dalam portfolio mereka.