Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RHB Bank sasar 50,000 deposit akaun deposit baharu

U Chen Hock (kiri) bersama Muzir Kassim menyentuh paparan pada
U Chen Hock (kiri) bersama Muzir Kassim menyentuh paparan pada majlis pelancaran RHB Smart Account & Smart Account-i di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ Mohd Shaharani Saibi

KUALA LUMPUR 1 Mac – RHB Bank menyasarkan sebanyak 50,000 pendaftaran akaun deposit secara dalam talian baharu, RHB Smart Account dan RHB Smart Account-i untuk tempoh enam bulan bermula April ini.

Pengarah Eksekutif Perbankan Runcit Kumpulan, U Chen Hock berkata, sejak pelancaran awal pada 9 Januari lalu hingga hari ini, kedua-dua akaun tersebut berjaya mengumpul sejumlah RM7 juta baki simpanan.

“Daripada RM7 juta ini, 15 peratus adalah pelanggan yang mendaftar akaun baharu dan selebihnya daripada kakitangan RHB Bank sendiri.

“Kami menjangkakan setiap pelanggan akan mendaftar dengan purata baki RM3,000 menjadikan sasaran keseluruhan baki akaun kepada RM150 juta untuk tempoh sama,” katanya pada majlis pelancaran akaun itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Produk Aset dan Liabiliti Runcit Kumpulan, Muzir Kassim.

RHB Smart Account adalah akaun konvensional, manakala RHB Smart Account-i pula ialah akaun islamik di bawah konsep Komoditi Murabahah (kos campur untung).

Jelas Chen Hock, kedua-dua akaun tersebut hanya boleh dibuka secara dalam talian dan akan memberi ganjaran kepada pelanggan berdasarkan setiap transaksi perbankan.

Katanya, akaun itu menawarkan pulangan tiga peratus setiap tahun dan satu peratus bonus bayaran keluar apabila pelanggan menyimpan, membayar bil dan melabur dengan RHB secara dalam talian.

“Dengan minimum deposit bulanan sebanyak RM2,000 dan mengekalkan purata baki RM1,000 dalam akaun, pelanggan layak menerima bonus menerusi pembayaran bil menggunakan kad kredit atau debit, juga apabila melabur dengan RHB.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain