Menurut REDtone, kelulusan tersebut datang daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melantik RENS sebagai penyedia perkhidmatan sejagat untuk pelaksanaan projek Fasa Ketiga (Bahagian Kedua) Sambungan Time 3.

Jelasnya, projek itu merangkumi khidmat selular 2G dan 3G di kawasan pedalaman di lapan buah negeri di Malaysia.

“Projek ini tidak akan mempunyai sebarang kesan material terhadap aset-aset bersih dan penggearan Kumpulan REDtone bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2018.

“Walau bagaimanapun, ia dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi kewangan Kumpulan REDtone pada masa depan,” jelasnya dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam.