‘‘Ia akan menjadi satu kejohanan yang menarik pada tahun 2009. Kita akan melakukan perancangan tersebut bermula dari sekarang. Ia mungkin terdapat sebuah lagi bandar Dakar. Ia agak rumit untuk berfikir tentang laluan untuk ke Dakar tahun depan tetapi akan berusaha dengan secepat mungkin,’’ kata Pengarah Rali Dakar, Etienne Lavigne.

Rali Dakar 2008 sepatutnya memulakan perlumbaan, semalam tetapi kerajaan Perancis menasihatkan agar laluan ke Mauritania dibatalkan selepas empat pelancong negara itu terbunuh dalam satu serangan pengganas pada 24 Disember lalu.

– AFP