PETRONAS
 

PCG berkata, PRPC Polymers pinjaman tersebut yang diperoleh daripada pelbagai bank tempatan dan antarabangsa akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kos projek dan termasuk pembayaran balik kos projek yang telah dilakukan oleh PCG.

Katanya, pinjaman Bridge selama 12 bulan itu boleh dilanjutkan sehingga enam bulan bergantung kepada mengikut budi bicara PRPC Polymers, berkuat kuasa mulai tarikh pelaksanaan perjanjian pinjaman berkenaan.

“Ia adalah pinjaman sementara yang dijangka dibayar balik apabila projek jangka panjang dicagarkan pada masa akan datang. Pelaksanaannya dijangka tidak memberi sebarang kesan material kepada pendapatan PCG bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Petronas Chemicals Bhd. meng­umumkan penjualan 50 peratus pegangannya dalam PRPC Polymers kepada Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) pada harga AS$900 juta (RM3.8 bilion).

PRPC Polymers adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan pada 26 Januari 2015.

Pada 31 Disember 2017, PCG merupakan pemegang saham tunggal PRPC Polymers dengan jumlah pegangan saham sebanyak RM1.21 bilion yang lapan Saham Biasa dan 24,148 Saham Keutamaan Boleh Tebus.

“Pada tarikh pengumuman ini dibuat, PRPC Polymers tidak mempunyai anak syarikat atau syarikat bersekutu,” jelas kenyataan itu lagi.

Aktiviti utama PRPC Polymers adalah untuk membangun, membina, melaksanakan dan mengendalikan polimer dan loji glikol bagi pengeluaran dan penjualan produk tersebut.

“PRPC Polymers masih belum memulakan operasi memandangkan loji tersebut masih dalam pembinaan di Pengerang, Johor dan dijangka siap pada 2019,” katanya. - UTUSAN ONLINE