Menurut syarikat tersebut, ia akan dibangunkan secara usaha sama dengan Kop Mantap Bhd. bagi membina 1,681 unit pangsapuri di Putrajaya.

Katanya, Protasco Development Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Protasco akan memegang 51 peratus dalam usaha sama itu manakala Kop Mantap, anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia Bhd., akan memegang baki 49 peratus.

“Projek tersebut yang diberikan Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dengan projek itu, nilai perolehan kontrak Protasco kini berjumlah RM900 juta.

Protasco telah­ menyiapkan Fasa Pertama PP­A1M Putrajaya pa­da April 2017 dan ketika ini sedang membina fasa kedua projek tersebut.

Syarikat itu juga memiliki nilai perolehan kontrak penyenggaraan jalan raya bernilai RM4.2 bilion yang dijangka berakhir sehingga 2026.