Menurut McDonald’s, pihak­nya juga memperkenalkan set sarapan pagi untuk keluarga, Family Breakfast Box yang me­ngandungi Big Breakfast dan dua Hotcakes dengan minuman kopi premium. Selain itu, pe­langgan juga boleh mendapatkan hidang­an cakoi dan soya sepanjang hari di restoran McDo­nald’s.

Sementara itu, McDonald’s memperkenalkan program berkelah bersama selebriti di taman-taman terpilih pada setiap hujung minggu bermula 3 Mac sehingga 19 Mac ini.

Program tersebut merupakan kerjasama dengan stesen radio Hot FM yang akan menjemput artis-artis terkenal untuk bersama-sama menikmati Chicken Muffin dan McDonald’s Orange Bowl secara percuma.

“Selain menikmati hidangan McDonald’s mereka akan dihiburkan melalui persembahan artis seperti Awi Rafael, Mark Adam, Ippo Hafiz, Jihan Muse dan ramai lagi.

“Enam destinasi terpilih adalah di Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan; Taman Merdeka, Johor Bahru, Johor; Stadium Tun Fatimah, Melaka; Taman Rekreasi Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Taman Tasik Permaisuri, Cheras dan Metropolitan Park, Kepong, Kuala Lumpur,’’ tambah kenyataan tersebut.

Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah barangan bernilai lebih RM100 yang akan diberikan semasa berada di lokasi tersebut,” katanya.