Program ditawarkan oleh anak syarikat Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu diiktiraf oleh Eduniversal Ranking Best Masters 2015-2016 di dalam senarai Program Sarjana 100 Terbaik Dunia untuk bidang rantaian bekalan dan logistik.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, program itu menawarkan graduan pengetahuan dan kepakaran yang tinggi dalam bidang penyelesaian masalah dan kepimpinan perubahan.

Katanya, kerja kursus dan bidang penyelidikan yang mencabar serta interaksi dengan industri akan melengkapkan graduan de­ngan kemahiran yang di mahukan oleh industri dalam pasaran kerja yang semakin rumit dan dinamik.

“Di dorong oleh arus globalisasi, pengurusan rantaian bekalan, perolehan dan logistik adalah merupakan teras kepada strategi badan korporat pada masa kini.

“UiTM melalui anak syarikatnya, Malaysia Logistics Innovation Bhd. telah dianugerahkan lesen untuk menubuhkan MISI oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MISI telah dilancarkan sebagai inisiatif bersama di antara Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan kerajaan Malaysia pada 22 Mac 2011.

Program yang sama juga ada di tawarkan di Massachusetts Institute of Technology-Center for Transportation and Logistics (MIT-CTL), Amerika Syarikat (AS) dan Zaragoza Logistics Center (ZLC), Sepanyol,

Graduan MISI, CTL dan ZLC sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana kebolehan mereka di dalam bidang-bidang berkenaan. MISI juga menawarkan program sarjana sepenuh masa dan sambilan.

The Eduniversial Best Masters Ranking adalah satu badan penilaian untuk program sarjana dan MBA yang direka untuk membantu dalam menentukan pilihan yang terbaik bagi pengajian peringkat sarjana.

Penarafan itu adalah merupakan satu-satunya yang menilai program sarjana seluruh dunia secara individu dalam lebih 30 bidang pengajian.