Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Produk Petronas kini dijual di Shopee

pembeli Malaysia boleh mendapatkan Petronas GiftCard dan barangan
PEMBELI Malaysia boleh mendapatkan Petronas GiftCard dan barangan koleksi edisi Sukan SEA 2017 secara dalam talian

KUALA LUMPUR 3 Sept – Petronas Dagangan Bhd. (PDB) telah melancarkan kedai dalam talian pertamanya di platform e-dagang yang sedang pesat berkembang di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee.

Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata, di bawah kerjasama itu pembeli Malaysia boleh membeli Petronas Gift Card menerusi dalam talian.

Katanya, orang ramai juga bo­leh membeli barangan koleksi edisi Sukan SEA 2017 pada kadar diskaun, serta penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

“Malaysia memiliki 15.3 juta pembeli dalam talian dan ini menyokong sasaran syarikat untuk menjadi peruncit di pelbagai saluran serta menyediakan akses lebih besar kepada pelanggannya.

“Platform digital baharu ini membolehkan kami menjangkau pangkalan pelanggan yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, PDB merancang untuk menambah lebih banyak barang untuk dijual di Shopee dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengarah Urus­an Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama dengan PDB.

“Susulan kerjasama ini, rak­yat Malaysia boleh mengharapkan tawaran yang menarik dalam masa terdekat dari Petronas menerusi platform Shopee,” tambah Aadrin.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain