Prestariang dalam maklu­man­­nya kepada Bursa Malaysia ber­kata, kerajaan melantik anak sya­rikatnya, Prestariang SKIN Sdn. Bhd., pada 2017 untuk melaksanakan sistem itu bagi menggantikan Sistem Imi­­gresen Malaysia (myIMMs) menjelang 2020.

“Lembaga pengarah Presta­riang ingin menjelaskan baha­wa setakat pengumuman itu dibuat, Prestariang SKIN tidak mengingkari perjanjian konsesi dan masih belum menerima sebarang notis ingkar daripada kerajaan.

“Sehubungan itu, Presta-riang SKIN akan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan berhubung perkara ini dan akan membuat pengumuman sebaik sahaja jika terdapat per­kembangan baharu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Da­lam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan membatalkan konsesi SKIN untuk memberi laluan kepada pembangunan sistem yang komprehensif, efektif dan mesra pengguna.

“Kami mahu membangunkan sistem yang dapat memberikan nilai kepada pelaburan yang dibuat dan secara tidak langsung dapat menjimatkan dana kerajaan,” katanya.

Menurut Muhyiddin, projek itu akan diberi keutamaan memandangkan keperluan yang mendesak untuk memperbaiki sistem jabatan.

Susulan berita itu, saham Prestariang jatuh 15 sen atau 32.97 peratus kepada 30.5 sen ketika ditutup petang ini.

Konsesi SKIN merupakan satu antara 44 projek yang dilaksanakan di bawah model perkongsian awam-swasta (PPP) yang mana sektor swasta akan membiayai projek dan menerima pembayaran secara berperingkat daripada kerajaan.

Kementerian Kewangan me­nya­takan bahawa projek PPP tidak akan dibatalkan tetapi akan dikaji semula untuk dilaksanakan dengan model berbeza.