Ketua Pegawai Pemasaran dan operasi Microsoft Malaysia, Michal Golebiewski berkata, pratempahan tersebut boleh dibuat melalui penjual sah Surface seperti di Harvey Norman, Senheng Electric dan All IT Hypermarket serta melalui laman web beli-belah dalam talian, Lazada.

Beliau berkata, Surface Pro dilancarkan secara rasmi pada hari ini dan dijual pada harga RM3,699 hingga RM9,999 sebuah bergantung kepada spesifikasi yang terdapat pada komputer riba tersebut.

“Surface Pro telah direka semula pada bahagian luaran dan dalamannya bagi memberikan prestasi terbaik kepada pelanggan serta mem­punyai jangka hayat bateri yang lebih lama. Komputer riba ini sangat nipis iaitu 8.5 milimeter (mm) dan seberat 767 gram sahaja.

“Selain itu, Surface Pro dikuasakan oleh prosessor Intel Core generasi ketujuh dan lebih se­nyap berbanding model terdahulu. Surface Pro mempunyai jangka hayat bateri selama 13.5 jam iaitu 50 peratus lebih lama berbanding Surface Pro 4 dan mampu menawarkan prestasi sehingga 2.5 kali lebih baik daripada Surface Pro 3,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Golebiewski, Surface Pro bukan sahaja sebuah komputer riba yang berkuasa, malah ia juga boleh dijadikan sebagai studio kreatif bergerak kerana dilengkapi dengan skrin sentuh resolusi tinggi 12.3 PixelSense yang mampu menyokong Surface Pen baharu, 4.