Samsung berkata, pihaknya ju­ga teruja dengan sambutan luar jang­kaan yang diterima ter­uta­ma­nya sejak pratempahan itu dilancarkan melalui laman web Samsung.com.my dan di kedai rasmi Samsung Experience.

“Pihak pengurusan Samsung sa­ngat berbesar hati di atas sambut­an yang amat menggalakkan daripada jualan pratempahan ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih ter­hadap pelanggan-pelanggan Sam­sung kerana terus menyokong produk-produk keluaran kami.

“Kini nantikan kehadiran Ga­laxy S8 dan S8+ tidak lama lagi dan adakah anda sudah bersedia untuk #UnboxYourPhone? Jum­pa anda di majlis pelancaran model ini nanti,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Sebelum ini Samsung Electro­nics Co. Ltd. turut mengumumkan jumlah pratempahan telefon pintar Samsung Galaxy S8 laris terjual, sekali gus mengatasi model terdahulu, Galaxy S7.

Ketua Perniagaan Mudah Alih­nya, Koh Dong-jin berkata, di sebalik kebimbangan global terhadap kegagalan model Galaxy Note 7 tahun lalu, namun orang ramai masih yakin dengan jenama Samsung.

Galaxy S8 menjadi penanda aras baharu bagi fungsi dan kemudahan yang seterusnya memberi peluang kepada pengguna­nya un­tuk mengalami pengalaman paparan yang hebat.

Galaxy S8 didatangkan dengan saiz 5.8 inci manakala Galaxy S8+ bersaiz 6.2 inci dengan paparan Infinity Display serta rekaan yang lebih lancar dengan permukaan tan­pa butang dan si­­si yang tajam.

Antara ciri baharu yang diperke­nalkan termasuklah kamera premium 8MP F1.7 Smart autofocus sebagai kamera hadapan Galaxy S8 dan kamera belakang turut dikuasakan dengan 12MP F1.7 Dual Pixel bagi hasil gambar terbaik.

Model berkenaan ditawarkan dalam lima pilihan warna midnight black, orchid gray, arctic silver, coral blue dan maple gold.