Menurut portal TheAndroidSoul, peranti itu dijangka mula dijual di pasaran Malaysia bermula hujung bulan ini.

BlackBerry KeyOne hadir de­­­­ng­an skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625 dan memori 3GB RAM

Peranti itu turut menampilkan papan kekunci fizikal seperti model-model BlackBerry yang popular sebelum ini.

“Telefon ini turut dilengkapi kamera belakang 12 megapiksel, dan kamera hadapan 8 megapiksel,” katanya.

Berbeza dengan kebanyakan pengeluar peranti Android, BlackBerry KeyOne hadir dengan paparan antara muka asal Android tanpa penambahan drastik.

Pihak BlackBerry juga turut menambah beberapa aplikasi khusus seperti BlackBerry Hub, BlackBerry Calendar dan sebagainya selain memfokuskan kepada kelebihan keselamatan melalui peranti ini. – AGENSI