Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Potensi besar wanita ceburi bidang saham

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Usahawan muda terutama golongan wanita muda perlu didedahkan dengan ilmu saham bagi me­ningkatkan penyerta­an mereka dalam bidang pelaburan saham dan hartanah walaupun kedua-dua bidang berkenaan didominasi golongan lelaki.

Kuala Lumpur 23 April 2017 : ( Timbalan Menteri Pelancongan Dan
Mas Ermieyati Samsudin

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini kerana terdapat potensi besar untuk menjana pendapatan me­lalui pelaburan saham dan hartanah atas faktor risiko kerugian yang rendah dan dijamin selamat di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti.

Katanya, wanita muda hari ini seharusnya tidak bersikap pesimis terhadap pandangan umum tentang kerugian yang bakal dialami sekiranya melibatkan diri dalam perniagaan sedemikian sebalik­nya perlu menjadikan ke­jayaan tokoh broker saham wanita terkemuka negara, Datuk Mohaiyani Shamsuddin yang kini Pengerusi Maybank sebagai sumber inspirasi.

“Secara dasarnya, perniagaan seperti ini tidak melibatkan orang ramai, justeru, pelabur boleh membuat tindakan sendirian tanpa mempunyai ikatan atau hubungan dengan mana-mana pihak.

“Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan kepada pelabur sekiranya masih tercari-cari bidang perniagaan yang ingin diceburi atau sebagai suatu fasa pembelajaran ke­pada pelabur sekiranya takut untuk memulakan perniagaan sendiri.

“Saya juga yakin dengan khid­mat pedagang (dealer) atau remisier (penjual-beli saham bagi pihak klien) saham yang ada di luar sana boleh membantu pelabur membuat pesanan jual beli saham sekiranya tidak mahir membuat urus niaga saham dalam talian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam mengenai pembabitan wanita dalam pelaburan saham yang hanya kira-kira 10 peratus baik sebagai pelabur mahupun profesional.

Perkara itu berlaku menurut Penganalisis Pasaran Saham PM Securities Sdn. Bhd., Zuraida Mohd. Zakaria yang juga ko­lumnis tetap UtusanBiz disebabkan kurangnya pendedahan ke­pada ilmu pelaburan dalam dunia saham.

Jelas Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri UMNO, sekiranya pembabitan wanita dalam bidang tersebut semakin terdedah, ia dapat membantu mereka meneruskan kehidupan de­ngan lebih baik walaupun ketiadaan suami di­sebabkan kematian atau percerai­an.

“Perniagaan ini juga istimewa kerana ia tidak menghadkan tempoh masa tertentu sekali gus membolehkan pelabur mengurus keluarga seperti biasa.

“Oleh demikian, saya berharap supaya lebih ramai wanita dapat menceburkan diri dalam bidang pelaburan seperti ini supaya doktrin pemerkasaan wa­nita dapat diterjemahkan dalam konteks perniagaan selaras aspirasi Transformasi Nasional 2050,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain