SYED KAMARULZAMAN SYED KHODKI SHAHABUDIN
SYED KAMARULZAMAN SYED KHODKI SHAHABUDIN

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, jumlah itu sama dengan apa yang diperuntukkan tahun lalu bagi membia­yai usahawan francais.

“Kami menjangkakan peruntukan ini dapat memberi manfaat kepada 200 hingga 250 orang usahawan tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar berhubung kerjasama strategik PNS dengan operator rantaian makanan segera, Marrybrown.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marrybrown, Datuk Joshua Liew.

Syed Kamarulzaman berkata, kerjasama strategik antara PNS dan Marrybrown bertujuan membantu membiayai francaisi yang berminat dengan jenama Marrybrown.

Katanya, kedua-dua pihak akan bersama-sama mengenal pasti usahawan yang layak berdasarkan beberapa kriteria untuk menerima pembiayaan PNS.

“PNS akan memberi peruntukkan pembiayaan purata dalam 70 peratus, selebihnya ditanggung oleh usahawan yang berminat.

“Kita mahu mereka ini mempunyai keupayaan untuk membiayai perniagaan masing-masing agar ia boleh kekal dalam masa yang panjang,” katanya.

Sementara itu Liew berkata, Marrybrown merancang untuk meneroka tiga pasaran baharu tahun ini iaitu di Sri Lanka, Iran dan New Zealand.

“Selain itu kami juga akan membuka 25 buah lagi restoran Marrybrown di pasaran tempatan untuk tahun ini,” katanya.