Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PNS nak beli GJC di Asia Barat

Sasar lima tahun peroleh hak francais dengan pemegang utama

Jamil Busrah (dua dari kiri) bertukar dokumen memorandum perjanjian 3
Jamil Busrah (dua dari kiri) bertukar dokumen memorandum perjanjian dengan Pengarah Eksekutif AEON Credit Service (M) Berhad, Ajith Jayaram (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Pengerusi PNS, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee (tengah) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 1 Sept - Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menerusi Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) sedang meninjau peluang untuk membeli hak francais Gloria Jean’s Coffee (GJC) di Asia Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise), Jamil Busrah berkata, pihaknya meletakkan sasaran dalam tempoh lima tahun untuk memperoleh hak tersebut yang kini baru di peringkat perbincangan awal tahun ini dengan pemegang utama GJC International di Australia.

Katanya, dengan pembelian hak francais itu, PNS menyasarkan pasaran di Arab Saudi terutama Mekah dan Madinah terlebih dahulu sebagai langkah awal pengembangannya di negara-ne­-
gara teluk.

“Kita melihat terdapat potensi yang cukup besar untuk berkembang di Asia Barat memandangkan setiap negara di rantau ASEAN telah pun mempunyai hak francais GJC masing-masing.

“Jadi kita perlu memilih pasaran yang lain yang mampu menjana pulangan baik kepada syarikat pada masa akan da­tang. Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat awal perbincangan,” katanya di sini baru-baru ini.

MyFranchise adalah cabang perniagaan PNS, iaitu agensi di bawah Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ia memperoleh hak Rakan Francais Induk GJC melalui anak syarikatnya, Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd.

Secara dasarnya, sejarah GJC bermula di Chicago, Amerika Syarikat (AS) sebelum diambil alih oleh sebuah syarikat dari Australia pada 2004.

Pada 2006, MyFranchise mendapat hak francais bagi jenama tersebut untuk Malaysia dan Brunei dengan kontrak selama 10 tahu. Setakat ini, MyFranchise turut memiliki dua lagi hak francais di rantau ASEAN iaitu Indonesia dan Myanmar.

Menerusi tiga hak francais itu, GJC kini berkembang de­ngan mempunyai keseluruhan 52 cawangan dan daripada jumlah itu, 44 cawangan adalah di Malaysia manakala selebihnya di negara-negara tersebut.

Menurut Jamil, pihaknya merancang untuk membuka tiga lagi cawangan baharu di Indonesia, satu di Myanmar, satu di Brunei dan enam di Malaysia bagi sepanjang tahun ini dengan tertumpu di kawasan strategik misalnya di hospital dan di lapangan terbang termasuk juga di bangunan pejabat.

“Dari segi sumbangan perolehan, cawangan luar negara me­nyumbang 30 peratus kepada kese­luruhan jualan ke­rana berada di lokasi strategik seperti di lapangan terbang dan hospital,” katanya.

Beliau memberitahu, syarikat menyasarkan jualan tahun ini mampu mencapai RM35 juta menerusi semua cawangan berban­ding RM27 juta pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain