Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata, pihak­nya buat masa ini dalam proses menjalankan mekanisme ini dan ia masih di peringkat dalaman.

Katanya, beliau merasakan ca­dangan untuk menjadikan saham itu kepada i-shares adalah logik dan memiliki asas yang kukuh.

Langkah PNB itu, jelas beliau bertujuan menyokong agenda pembiayaan Islam kerajaan de­ngan mewujudkan le­bih ba­nyak instrumen pelaburan syariah yang tersenarai menerusi sya­rikat pelaburannya.

“Jika cadangan ini berjaya itu berjaya, saham i-Maybank yang ditetapkan akan menjadi aset syariah bernilai kira-kira RM20 bilion.

“Seterusnya, bank-bank lain seperti CIMB Group Bhd., RHB Bank dan Bursa Malaysia boleh menerapkan konsep ini,” kata­nya kepada pemberita sempena ‘Luncheon Talk’ anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dihadiri lebih 50 pengamal media untuk bersama-sama mendekati Pe­nge­rusi Kumpulan PNB di sini hari ini.

PNB memiliki pegangan seba­nyak 48 peratus di dalam Maybank, kumpulan bank terbesar Malaysia yang merupakan bank ke-4 terbesar di ASEAN berdasarkan jumlah aset dan bank Islam ke-5 terbesar di dunia.

Dalam perkembangan lain Wahid berkata, proses pembinaan menara mega Merdeka PNB 118 berjalan lancar dengan kerja substruktur di tapak bekas Stadium Merdeka telah selesai.

“Menjelang tahun hadapan, struktur bangunan menara mega yang dibina secara usaha sama UEM-Samsung akan dapat dilihat dengan jelas,” katanya.