Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PNB perkukuh syarikat teras

Abdul Wahid Omar
Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) menggariskan Pelan Strategik 2017-2022 untuk muncul sebagai ins­titusi pelaburan bertaraf dunia, kini dalam fasa kedua penstrukturan kumpulan untuk memperkukuhkan prestasi di lebih 40 syarikat teras di bawahnya.

Di peringkat awal Pengerusi Kumpulannya, Tan Sri Abdul Wahid Omar menerajui institusi tersebut sejak setahun lalu, beliau menyusun semula enam syarikat strategiknya yang tidak lama lagi akan menyaksikan ia akan berkembang kepada 10 syarikat setelah proses penggabungan dan pengasingan syarikat melibatkan Sime Darby Group, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan UMW Group selesai.

Penyusunan semula ini secara dasarnya amat penting dalam usaha PNB untuk memberi pulangan lebih mapan kepada para pelaburnya yang kini berjumlah 13 juta dan menggembleng 212.3 bilion unit dalam edaran. Sejak penubuhannya pada 1978, sebanyak RM157 bilion telah diagih­kan kepada para pelabur.

Abdul Wahid berkata, PNB akan menempatkan wakil dalam lembaga pengarah bagi syarikat-syarikat teras yang mempunyai pegangan melebihi 15 peratus iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) sebanyak 21 peratus, MMC Corporation (20 peratus), IJM Corporation (18 peratus), Axiata Group Berhad (18 peratus) dan Freaser & Neave Limited (F&N) (16 peratus).

“Bagaimanapun, perbinca­ngan masih berjalan dan keba­nyakan syarikat berkenaan terbuka kepada cadangan ini. Malah ada sesetengahnya sudah pun mengambil pendekatan pragmatik dengan menempatkan wakil PNB dalam lembaga pengarah mereka, jadi bagi kes sebegini, tidak perlukan tambahan wakil.

“Pendekatan yang kita ambil ini bagi memastikan syarikat-syarikat teras ini mampu menjana lebih keuntungan sekali gus dapat mengagihkan dividen lebih tinggi dan meningkatkan harga saham.

“Ini penting kerana ia berkait dengan jumlah pulangan pemegang saham (TSR) dan keper­luan kami juga tidak jauh berbeza dengan garis panduan keperluan pelabur,” katanya dalam temu bual dengan beberapa kumpulan media di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, PNB juga akan membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap prestasi syarikat-syarikat teras tersebut yang mana ia memiliki pegangan 10 peratus atau pelaburan RM1 bilion sebelum pegangan ditingkatkan atau dikurangkan kerana pelaburannya adalah berbeza dalam syarikat strategik.

“Tetapi ini juga bergantung kepada kualiti pengurusan syarikat-syarikat tersebut. Jadi ini sesuatu yang dinamik, kita akan buat penilaian dan sekiranya prestasi mereka baik dan prospek mereka baik, kita boleh pertingkatkannya, tapi jika prospek industri kurang cerah, kita akan kurangkannya,” katanya.

PNB kini menguruskan aset berjumlah RM266 bilion dengan 69 peratus dilaburkan dalam ekuiti awam yang kini membentuk 10.3 peratus atau RM186.2 bilion daripada keseluruhan pasaran modal di Bursa Malaysia yang setakat 30 Jun 2017 berjumlah RM1.81 trilion.

Selebihnya, 20 peratus dalam tu­nai manakala­ lima­ peratus pe­laburan tetap, pelaburan hartanah (tiga peratus) dan pelaburan persendirian (tiga peratus). Daripada keseluruhan pelaburannya, 98 peratus di dalam negara dan dua peratus di luar negara dengan kebanyakannya dalam hartanah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain