Tambahan pula harga yang ditawarkan ketika ini adalah lebih relevan dan tidak terjejas dengan kewujudan SST.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development (PNBD), Mohd. Salem Kailany menyifatkan, situasi pasaran ketika ini merupakan masa yang paling sesuai untuk melabur dalam sektor hartanah.

“Namun begitu, produk yang ditawarkan oleh PNB Development kesemuanya dalam bentuk ‘landed’ dan masih dalam pasaran harga yang diperlukan oleh pembeli, dan ianya adalah harga yang mampu milik,” katanya yang ditemui pada program ‘PNBD Property Gala 2018’ di Kota Seriemas, Nilai, di sini hari ini.

Hadir sama pada program itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Labu, Ismail Ahmad; Idola Pelaburan PNBD, Datuk Rosyam Nor dan penyanyi, Najwa Latif.

‘PNBD Property Gala 2018’ ini diadakan bagi mempromosikan perbandaran Kota Seriemas kepada penduduk setempat dan orang awam, turut menawarkan pelbagai insentif istimewa termasuk rebat tujuh peratus serta peluang memenangi kereta Toyota Camry dan hadiah-hadiah lain kepada pembeli yang menandatangani perjanjian jual beli.

Program tahunan yang dianjurkan PNB Development ini memberi peluang kepada bakal pembeli menerokai pasaran dan tawaran yang diberikan oleh PNB Development.

Pada majlis itu, pelbagai acara diadakan termasuk jualan unit rumah seperti Mawar Indah 1 dan 2, Cempaka Seri, pertandingan fotografi, landskap tercantik dan cabaran pacuan empat roda. - UTUSAN ONLINE