Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Datuk Mark Rozario berkata, transformasi digital sesebuah negara bukan lagi satu pilihan, tetapi ia adalah keperluan dan merupakan komponen penting dalam menuju ke ekonomi baharu.

Katanya, kebanjiran data perniagaan adalah begitu besar sekali gus meningkatkan risiko kehilangan potensi kewangan jika tiada usaha untuk memahami a­liran masuk dan keluar data yang boleh menghasilkan nilai tambah kepada perniagaan.

“Secara keseluruhannya, data perniagaan merupakan satu sumber bernilai yang mampu mencetuskan pelbagai peluang perniagaan baharu dan ia adalah antara ciri utama yang dijanjikan oleh generasi ekonomi baharu.

“Analitik Data Besar akan menjadi sumber pengetahuan dan membantu usahawan untuk berinovasi dengan memahami data perniagaan bagi mengembangkan lagi pengetahuan serta sumber modal perniagaan,” ­katanya.

Beliau berkata demikian pada seminar anjuran Yayasan Steinbeis Malaysia bertujuan mening­katkan kesedaran dalam kala­ngan PKS bagi mengaplikasikan ekonomi digital dalam produk dan perkhidmatan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Yayasan Steinbeis Malaysia, Tan Sri Yong Poh Kon dan Pengarah Eksekutif Pelaburan Khazanah Nasional Berhad, Ahmad Zulqarnain Onn.

Menurut Rozario, kera­jaan juga perlu mengadakan pelbagai inisiatif untuk memacu ekonomi digital terbaharu dengan pengenalan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang seharusnya dimanfaatkan oleh PKS sebaik mungkin.

“PKS tempatan perlu mengambil peluang daripada sektor ICT negara yang kini berada pada pe­ringkat paling menarik dalam kitaran yang mana ia sedang menuju ke arah dunia digital yang pantas dengan pasaran tanpa sepadan,” ujarnya.