Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan PKS Telekom Malaysia Bhd. (TM), Imri Mokhtar berkata, penggunaan ICT dapat mempercepatkan pertumbuhan PKS sebanyak 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding 36 peratus ketika ini.

Katanya, teknologi dapat mem­bantu perniagaan dalam dua bahagian iaitu memberikan akses pasaran yang lebih luas kepada PKS bukan sahaja di Malaysia tetapi juga pasaran ASEAN yang lebih besar.

“Selain itu, teknologi juga dapat membantu mereka menambah baik produktiviti dan kecekapan dalam perniagaan dengan memanfaatkan sepenuhnya ICT sebagai alat perniagaan.

“Kalau dahulu, jika syarikat mahu menggunakan alat perniagaan mereka perlu membeli lesen dan sebagainya tetapi sekarang teknologi berasaskan awan membolehkan usahawan menggunakan alat perniagaan dengan lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program SME Bizfest 2016 anjuran TM di sini hari ini.