MOHD. ANUAR TAIB
MOHD. ANUAR TAIB

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hu­luan Petronas, Datuk Mohd. Anuar Taib berkata, telaga itu di gerudi pada kedalaman 2,800 meter dan menemui kira-kira 90 meter pasir pragaram hidrokarbon berkualiti tinggi.

Katanya, penemuan itu yang meningkatkan pertumbuhan segmen huluan Petronas di Afrika Barat memperlihatkan penero­kaan sempadan dan keupayaan operasi laut dalam.

“Penemuan di Gabon adalah satu perkembangan yang menggalakkan bagi Petronas mendorong kami terus memperluaskan aktiviti di luar Malaysia.

“Ia seiring de­ngan strategi untuk mengembangkan perniagaan minyak dan gas teras kami de­ngan meningkatkan asas sumber,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penemuan itu juga akan merangsang aktiviti pertumbuhan di rantau itu dan melengkapkan pencapaian Petronas ke arah membina portfolio laut dalam yang signifikan di peringkat global.

Petronas bersama Kementerian Petroleum & Hidrokarbon, Gabon akan membuat penilaian untuk menentukan jumlah sumber komersial (commerciality of the resource volume) yang boleh diterokai.

PCGUSA adalah pengendali Blok F14 (Likuale) dengan Woodside Australia yang memegang kepentingan sebanyak 30 peratus.

Sehingga kini, portfolio laut dalam Petronas meliputi perkongsian dalam Gumusut-Kakap, Malikai dan medan telaga minyak laut dalam Kikeh yang terletak di luar pesisir Sabah.