Melalui pendekatan ke arah mengukuhkan lagi komitmen melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya, sebanyak 400 keluarga di tiga daerah mendapat manfaat.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah memberitahu, sumbangan dalam bentuk barangan makanan asas bernilai RM80 setiap bulan kepada golongan sasar di Kemaman, Dungun dan Kuala Nerus.

“Sebagai tambahan, setiap keluarga turut menerima bantuan bernilai RM240 sempena musim perayaan di sini hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan kepada sebahagian penerima di Padang Astaka di sini sempena lawatan rasmi Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke daerah ini .

Yang turut hadir,Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya.

Peruntukan RM1 juta itu turut merangkumi pelaksanaan program pembangunan modal insan selama setahun melibatkan 100 wanita daripada keluarga nelayan dan ibu tunggal di daerah Kuala Nerus.

Melalui program dengan kerjasama Yayasan MyKasih tersebut, para peserta didedahkan dengan kemahiran di dalam bidang keusahawan sebagai salah satu usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

Terengganu merupakan satu daripada lapan buah negeri yang mendapat faedah daripada bantuan makanan asas di bawah Program Sentuhan Kasih.

Melalui program yang dilancarkan pada April lalu, sejumlah 5,400 keluarga di Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Selangor, Kelantan, Sabah dan Sarawak terbabit dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM7 juta. - UTUSAN ONLINE