.

Menurut maklumat grafik yang dikeluarkan secara eksklusif kepada Bernama oleh syarikat minyak negara tersebut hari ini, ia juga telah membuat bayaran tunai bernilai RM33 bilion kepada Sarawak sejak 1976 sehingga tahun lepas.

Di samping itu, melalui ekuiti kerajaan negeri dalam kompleks gas asli cecair (LNG) Petronas di Bintulu, negeri itu juga telah menerima dividen sebanyak RM18 bilion.

Melalui Jawatankuasa Kerja Bersama Sarawak, Petronas juga bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan rakyat Sarawak serta syarikat tempatan mendapat keutamaan dalam peluang kerjaya dan perniagaan dalam aktiviti huluan dan hiliran di rantau ini.

Petronas juga telah membe­lan­­-
jakan sebanyak RM411 juta untuk program biasiswa dan bantuan kepada le­bih 6,000 pelajar Sarawak, manakala 5,000 profesional Sa­rawak bekerja dalam operasi Petronas di seluruh dunia.

Kerajaan Sarawak pada Mac tahun ini melancarkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), iaitu syarikat milik kerajaan negeri untuk meningkatkan pembabitannya dalam industr tersebut.

Maklumat grafik berkenaan juga menjelaskan secara terperin­ci Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, undang-undang Per­sekutuan yang digubal Parlimen, yang mempunyai kecekapan perundangan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan undang-undang yang berkaitan petroleum.

PDA 1974 memberikan pemilikan eksklusif minyak dan sumber di Malaysia kepada Petronas dan menjadikannya badan kawal selia tunggal bagi aktiviti huluan minyak dan gas melalui PSC.

Sistem PSC mena­ngani keperluan untuk pengurusan berpusat industri petroleum yang lebih meluas untuk kepentingan negara dan negeri.

Ini telah membolehkan Petro­nas mewujudkan nilai penting untuk negara, dengan itu me­nyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan negara dan negeri masing-masing.

“PDA 1974 berfungsi untuk melindungi kepentingan semua rakyat Malaysia, memastikan negara mendapat manfaat terbanyak daripada sumber petroleumnya,” kata Petronas dalam maklumat grafik tersebut.

Di bawah PDA 1974, keuntungan dibahagikan antara Petronas, kontraktor dan pembayaran cukai pendapatan kepada kerajaan dengan kerajaan-kerajaan nege­ri dan Persekutuan mempero­leh royalti masing-ma­sing sebanyak lima peratus da­ripada Keuntu­ngan Minyak dengan Petronas dan kontraktor berkongsi ma­sing-masing sebanyak 12.5 peratus daripada jenis PCS tahun 1985 serta 15 peratus untuk cukai pendapatan.

Daripada dua jenis PSC lain, keuntungan minyak hanya 10 peratus dengan tiga peratus masing-masing untuk kedua-dua pihak dan empat peratus untuk cukai pendapatan (di bawah PSC Deepwater/Ultra Water) dan untuk PSC Pendapatan/Kos, keuntungan minyak adalah 20 peratus di mana enam peratus masing-masing untuk Petronas dan kontraktor dan lapan peratus untuk cukai pendapatan.

PSC terbabit mempunyai ri­siko, amat berintensif modal serta mengambil masa yang panjang untuk memberikan pulangan sementara penerokaan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun tanpa pendapatan dan kebarangkalian untuk menemui minyak hanya antara 20 dan 25 peratus.

Setelah pengeluaran dibuat, pembayaran tunai 10 peratus kepada Persekutuan dan negeri bermula di mana Petronas dan kontraktor membayar 38 peratus cukai pendapatan daripada keuntungan yang dibuat dan Petronas juga membayar dividen tahunan kepada kerajaan Persekutuan.

Bertentangan dengan persepsi umum, pembayaran tunai ini perlu dibuat tanpa mengambil kira sama ada pengeluaran dari medan itu menguntungkan atau tidak dan dibayar dua kali setahun.

Menurut maklumat grafik ter­sebut, peningkatan pembayaran royalti daripada lima peratus kepada 20 peratus seperti yang dituntut oleh negeri pengeluar akan memberi kesan buruk kepada industri.

Peningkatan pembayaran tunai sedemikian juga akan mengurangkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan minyak dan gas kepada ramai pemain industri.

Pada masa ini, terdapat lebih 40 pelabur dalam PSC di mana kira-kira 80 peratus adalah pelabur asing yang melihat sektor petroleum Malaysia sebagai stabil dan menguntungkan berdasarkan pe­ngaturan PSC semasa. – BERNAMA