Petronas Gas dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, keuntungan bersih syarikat turut meningkat 2.5 peratus berban­ding tempoh sama tahun lalu kepada RM1.3 bilion.

Syarikat itu berkata, bagaima­na­pun pendapatan bagi suku ketiga tahun ini berkurangan daripada RM422.12 juta tempoh sama tahun lalu kepada RM417.4 juta disebabkan susut nilai yang lebih tinggi sejajar dengan penyia­pan projek modal dan kos utiliti yang lebih tinggi daripada jualan harga gas dan bahan bakar yang lebih tinggi.

“Perolehan bagi su­­ku ini bagaimanapun meningkat iaitu sebanyak RM1.16 bilion hasil sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen utiliti dan regasifikasi diimbangi oleh hasil pemprosesan dan pengangkutan gas yang lebih rendah,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Petronas Gas turut mengumumkan lembaga pengarahnya meluluskan dividen interim ketiga bernilai 16 sen sesaham biasa dengan tarikh ex dan pembayaran pada 27 November dan 8 Disember ini.

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu berkata, Terminal Pem­­basmian LNG yang baru di Pengerang, Johor, telah memulakan operasi pada 1 November lalu dan akan menyumbang kepada aliran pendapatan.

Ia berkata, pengangkutan gas dan segmen regasifikasi adalah tertakluk kepada keperluan baharu pada 2018.

“Berkuat kuasa 16 Januari 2018, aktiviti segmen Pengangkutan dan Ragasifikasi hendaklah mematuhi keperluan baharu Akta Pembekalan Gas (Pindaan) 2016, dan butir-butir mengenainya akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga,” katanya.