Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petronas catat untung bersih RM23.5 bilion

 Wan Zulkiflee Wan Ariffin 2
Wan Zulkiflee Wan Ariffin

KUALA LUMPUR 14 Mac - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM23.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, meningkat 12 peratus berbanding RM20.9 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, bagi tahun kewangan tersebut, perolehan kumpulan menyusut 17 peratus kepada RM204.9 bilion daripada RM247.7 bilion pada 2015 di­sebabkan oleh harga purata mi­nyak yang lebih rendah dan impak nilai jualan yang lemah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin bagaimanapun optimis, Petronas berada dalam posisi terbaik untuk mencatat prestasi lebih kukuh tahun ini berdasarkan kepada langkah-langkah transformasi yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu.

Beliau menjangkakan dengan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$45 (RM200.16) setong tahun ini, Petronas berupaya memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) antara RM50 bilion hingga RM60 bilion bagi menampung keseluruhan operasi kumpulan.

“Sehubungan itu, berdasarkan prestasi 2016, kami juga komited untuk memperuntukkan dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan setelah mengambil kira pelbagai aspek dan persekitaran semasa serta berdasarkan persetujuan para pemegang saham,” katanya dalam sidang akhbar prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Petronas, Datuk George Ratilal; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan, Datuk Mohd. Anuar Taib dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Hiliran, Md. Arif Mahmood.

Pembayaran dividen itu adalah yang terendah sejak 2007 dan tahun lalu Petronas membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan. Pada 2015, Petronas membayar dividen sebanyak RM26 bilion kepada kerajaan.

Aliran tunai kumpulan daripada aktiviti operasi menyusut daripada RM69.6 bilion pada 2015 kepada RM53.8 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2016 disebabkan harga purata yang rendah dengan sebahagian besarnya daripada bayaran cukai yang rendah.

Usaha berterusan kumpulan untuk mengurangkan kos menyaksikan pengurang­an lapan peratus atau RM4.1 bilion dalam kos boleh kawal kepada RM49.1 bilion berbanding RM53.2 bi­lion pada 2015.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, mo­dal pelaburan Pet­­ronas dikurangkan se­banyak 22 peratus kepada RM50.4 bilion berikutan pe­nangguhan dan penyusunan semula projek termasuk langkah me­ng­op­timumkan kos.

Menurut Wan Zulkiflee, projek hiliran terus mencatat perkembangan yang baik de­ngan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) hampir 60 peratus siap setakat Februari tahun ini dan dalam momentum yang betul untuk beroperasi pada 2019.

“Dalam kerja­sama dengan Sau­di Aramco dalam projek Kompleks Ber­sepadu Penapisan Mi­nyak dan Petrokimia (RAPID) ini, Petronas secara dasarnya terbuka de­ngan sebarang kerjasama selagi ia meme­nuhi terma yang dipersetujui antara kedua-dua pi­hak,” katanya.

PAT 
meningkat 
12% 
berbanding 
RM20.9 bilion 
2015

Perolehan 
kumpulan 
susut

17%

kepada 
RM204.9 
bilion.

Jangka 
harga 
minyak 
mentah 
Brent AS$45 (RM200.16) setong.

Peruntuk 
capex
 RM50 
bilion-RM60 
bilion.

Peruntuk 
dividen 
RM13 
bilion 
kepada 
kerajaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain