Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pencapaian itu meningkat berbanding pendapatan RM195.1 bilion dan PAT RM23.8 bilion pada 2016.

Pada masa sama beliau mengumumkan syarikat itu akan membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan tahun ini berdasarkan prestasi kewangan sepanjang 2017 itu.

"Peningkatan pendapatan itu didorong oleh purata harga direalisasi lebih tinggi bagi produk-produk utama dan kesan daripada nilai ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

"Oleh itu syarikat mengakhiri tahun 2017 dengan kedudukan kewangan serta aliran tunai yang kukuh,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE