Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petronas-Aramco berbincang sejak 2014

PANDANGAN daripada udara tapak pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu
PANDANGAN daripada udara tapak pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

KUALA LUMPUR 26 Mac - Jalinan strategik antara Petronas dengan Saudi Aramco bukan terbentuk secara mendadak atau dipaksa tetapi telah melalui proses yang lama iaitu sejak awal permulaan projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) pada 2014.

“Tidak ramai yang mengetahui hal ini. Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid Al-Faleh yang ketika itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, telah meninjau projek Rapid,’’ kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas, Md. Arif Mahmood dalam wawancara dengan sebuah portal berbahasa Inggeris.

Ketika itu ujar beliau, tapak Rapid di Pengerang baru saja diratakan dan Aramco menyatakan minat mereka terhadap projek tersebut dan Malaysia khususnya, kerana kestabilan yang dinikmati negara ini.

“Perbincangan dengan pihak Arab Saudi mengambil masa dua setengah tahun. Mereka meninjau daripada sudut usaha wajar (due diligence) peluang-peluang pelaburan. Tidak benar tanggapan mengatakan baru semalam kita memutuskan Aramco sebagai rakan kongsi.

“Dan persoalan `mengapa Aramco’? Jawapannya ialah Aramco adalah pembekal minyak mentah terbesar di dunia dengan 10 juta tong sehari.

“Loji penapisan di Rapid memerlukan minyak mentah khusus yang akan membolehkan kita melakukan pemotongan yang perlu terhadap bekalan kepada loji petrokimia. Jadi dengan adanya pembekal minyak mentah seperti Aramco, akan wujud jaminan minyak mentah berjangka panjang,’’ ujar Md. Arif.

Dalam konteks ini kata beliau, Aramco akan membekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 300,000 tong minyak mentah yang hendak ditapis di Rapid. Matlamatnya adalah untuk pasaran domestik tetapi akhirnya nanti diedar ke kawasan serantau.

Ditanya apakah Petronas ‘dipaksa’ menjalin kerjasama dengan Aramco, beliau menafikannya. “Bagaimana kami boleh dipaksa pula? Kami memang mencari rakan kongsi yang akan menyokong projek ini dan itulah kriteria yang kami cari pada rakan kongsi.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa pengurusan kanan Petronas enggan menjalin kerjasama dengan Aramco sebagai spekulasi liar semata-mata.

“Ini adalah perkahwinan sepanjang hayat, tidak mungkin kami boleh dipaksa. Saya mahu memberi penjelasan sebenar. Perjanjian ini perlu dimeterai di dalam terma-terma yang dipersetujui kedua-dua parti. Hanya selepas itu baharulah kami tiba ke peringkat di mana kami berada sekarang,’’ jelasnya.

Ditanya apakah akan ada perubahan kepada pelan dan reka bentuk projek, Md. Arif berkata, projek tersebut kini sudah 60 peratus siap, jadi tiada perubahan boleh dilakukan.

“Tetapi mereka (Aramco) juga memberi input daripada pengalaman mereka mengenai apa yang patut kami lakukan dan bagi meningkatkan lagi projek tersebut,’’ ujar beliau.

Md. Arif berkata, Aramco memiliki pengalaman membina kompleks bersepadu seperti Rapid, kesemuanya di Arab Saudi dan dengan minat Aramco untuk meluaskan perniagaan hiliran mereka, maka Rapid menepati matlamat mereka.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain