Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petronas antara pembida terawal projek di Brazil

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dilaporkan antara pembida terawal yang diluluskan oleh jawatankuasa pelesenan pengawal selia projek hidrokarbon di Brazil menjelang mesyuarat kali ke-14 untuk pele­senan konsesi minyak dan gas negara itu yang dijadualkan 27 September ini.

Syarikat minyak utama negara itu membida projek berkenaan menerusi anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn. Bhd.

Antara syarikat yang turut berada dalam senarai tersebut termasuklah syarikat minyak antarabangsa terkemuka seperti Shell, ExxonMobil, BP, Total, Petrobras dan Repsol.

Menurut portal tenaga Upstreamonline, syarikat lain yang turut berada dalam senarai itu ter­masuk syarikat minyak dan gas Jerman, Wintershall dan DEA, GeoPark, PTTEP Thailand dan unit tempatan Australia, Karoon Gas serta syarikat mi­nyak dan gas Brazil, Muncks & Reboques and Vipetro.

“Senarai yang melibatkan 14 syarikat diluluskan itu mungkin akan bertambah memandang­kan jawatankuasa itu akan ber­mesyua­rat kembali bagi meneruskan proses kelayakan untuk 22 lagi syarikat yang perlu melengkapkan proses bagi mengambil bahagian dalam pusingan berke­naan,” jelas laporan tersebut.

Memetik laporan yang dike­luarkan National Petroleum Agency (ANP) baru-baru ini, sebanyak 36 syarikat menyertai bidaan pu­si­ngan ke-14 itu yang menyaksikan 14 syarikat diluluskan untuk permohonan bidaan pada 27 September ini manakala syarikat selebihnya akan dinilai pada me­syuarat jawatankuasa dijangka pada 16, 23 dan 25 Ogos ini.

Secara keseluruhan, seba­nyak 287 blok ditawarkan dalam kawasan lembangan sedimen atau lembah (sedimentary basins) di Sergipe-Alagoas, Espírito Santo, Campos, Santos dan Pelotas manakala lembangan daratan (terrestrial basins) di Parnaíba, Paraná, Potiguar, Recôncavo, Sergipe-Alagoas dan Espírito Santo dengan jumlah kawasan seluas 122,622.4 kilometer persegi.

Jelas ANP, tiga daripada 14 syarikat yang diluluskan itu tidak pernah mempunyai kontrak pengeluaran dan penerokaan minyak di negara tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pengarah ANP Brazil bagi Gas Asli dan Bahan Bakar Bio, Decio Fabricio Oddone berkata, penyusunan semula minyak dan gas milik Brazil, Petrobras akan membuka ruang kepada pelaburan baharu dalam industri petroleum di negara tersebut, sekali gus menjadikan sektor berkenaan lebih berorientasikan pasaran dalam usaha menarik lebih banyak pelabur.

Ini kerana katanya, industri minyak di Brazil yang merupakan satu daripada 10 pengeluar utama minyak, ketika ini merangkumi 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Brazil mempunyai kira-kira 13 bilion tong rizab simpanan yang perlu ditambah nilai.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain