Datuk Azmir Merican

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmir Merican berkata, ia didorong oleh kontrak perkhidmatan hospital baharu yang diperoleh di Singapura dan Taiwan termasuk segmen infrastruktur.

Katanya, keuntungan sebelum cukai bagi tempoh itu sebanyak RM115.3 juta, dengan sumbangan segmen penjagaan kesihatan dan perkhidmatan infrastruktur masing-masing sebanyak 40 peratus.

Jelas beliau, perolehan dan keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak enam peratus dan 18.3 peratus masing-masing pada sembilan bulan berakhir 30 September 2018 berbanding tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.

“Keuntungan selepas cukai berjumlah RM83.1 juta dan syarikat juga mencatatkan aliran tunai kukuh daripada operasi sepanjang sembilan bulan berakhir 30 September 2018 sebanyak RM80 juta.

“Secara keseluruhan, kami memberi tumpuan mengekalkan momentum pertumbuhan untuk tahun ini dan berada di landasan untuk mencapai keputusan kukuh bagi tahun kewangan 2018,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Peningkatan prestasi UEM Edgenta didorong oleh pertumbuhan perniagaan penjagaan kesihatan dan infrastruktur serta inisiatif untuk memacu kecemerlangan operasi dan peningkatan berterusan.

Dalam pada itu, prestasi UEM Edgenta pada suku ketiga tahun kewangan 2018 adalah dalam jangkaan dan menunjukkan daya tahan syarikat mengambil kira persekitaran dan pasaran yang mencabar. - UTUSAN ONLINE