Kerugian yang lebih rendah ini disumbang oleh perolehan yang naik 16 peratus hasil daripada tender penerbitan buku teks sekolah dan jualan iklan.

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2016, Kumpulan merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM67.4 juta berbanding kerugian RM17.4 juta tahun 2015.

Kerugian yang lebih tinggi ini disebabkan oleh penyusutan perolehan sebanyak 7.4 peratus terutama hasil jualan akhbar dan iklan yang lebih rendah. Tambahan pula, Kumpulan merekodkan keuntungan di atas penjualan saham-saham pelaburan sebanyak RM53.2 juta dalam tahun 2015.

Di sebalik kesuraman prestasi industri persuratkhabaran, Kumpulan akan tetap mempertahankan segmen ini dan meneruskan peranannya sebagai pemangkin fikiran rakyat.

Usaha-usaha juga terus diambil untuk mempertingkatkan akhbar digital dan platform dalam talian. Aplikasi Tutor Guru telah mula diperkenalkan sebagai bahan alternatif bantuan pengajaran kepada guru-guru. Kumpulan juga akan terus merebut peluang perniagaan baru bagi menjamin kelestarian perniagaan Kumpulan.