Kuala Lumpur 11 Februari 2014 - Temubual Ketua pegawai Eksekutif
 

Keuntungan sebelum cukai penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global itu turut meningkat kepada RM88.31 juta daripada RM15.07 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr. Mohd. Karim Abdullah (gambar) berkata, segmen operasi dan penyelenggaraan (O&M) menjadi penyumbang utama perolehan sebanyak 82.88 peratus diikuti kejurute­raan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) sebanyak 16.97 peratus.

Katanya, prestasi syarikat bagi enam bulan pertama adalah seiring dengan jangkaan kumpulan bagi tahun kewangan 2017 secara menyeluruh.

“Malaysia kekal sebagai penyumbang utama hasil kumpulan iaitu sebanyak 24.2 peratus, kebanyakannya daripada perkhidmatan O&M dan kontrak EPCC untuk loji janakuasa mini hidro di Kota Marudu, Sabah dan loji rawatan air di Kuala Terengganu.

“Kami juga bertapak kukuh di rantau Asia Barat yang menyumbang 61.14 peratus kepada jumlah perolehan kumpulan biarpun berdepan krisis Qatar-Teluk sebelum ini,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Sehubungan itu syarikat mengisytiharkan dividen interim satu peringkat yang pertama dan dikecualikan cukai sebanyak 1.50 sen sesaham biasa yang akan dibayar pada 20 September 2017 manakala tarikh kelayakan untuk pembayaran dividen itu adalah pada 30 Ogos 2017.

Bagi prospek masa depan, kumpulan itu yakin dapat me­ngukuhkan perniagaan dan keuntungannya sejajar dengan keyakinan berterusan oleh pelanggan sedia ada dan baharu.

Mohd. Karim berkata, kumpulan itu juga berjaya memperoleh enam kontrak kerja peringkat tempatan dan antarabangsa baru-baru ini menerusi dua anak syarikatnya, Serba Dinamik International Ltd. dan Serba Dinamik Sdn. Bhd. dengan nilai keseluruhan kontrak sebanyak RM522.92 juta.