Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perolehan Nestle cecah RM5b

Pengarah Eksekutif Kewangan dan Kawalan Nestle, Martin  Peter
Pengarah Eksekutif Kewangan dan Kawalan Nestle, Martin Peter Krugel (kiri)dan Alois Hofbauer (tengah) bersama produk Nestle di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Nestle (Malaysia) Bhd. mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi pada RM766.49 juta deng­an perolehan mencecah RM5.06 bilion setelah jualan lebih baik dan kecekapan kilang meningkat pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Alois Hofbauer berkata, pihaknya berbangga kera­na telah memperkenalkan lebih banyak inovasi baharu pada 2016, antaranya mesin Nescafe Barista, Mi Goreng Perisa Kari Maggi OatMee, Susu Omega Plus dengan Oat, Nestle Bliss Go dan aiskrim MILO.

Katanya, keputusan itu lebih baik berbanding RM727.71 juta bagi keuntungan sebelum cukai dan RM4.83 bilion perolehan yang dicatatkan pada 2015.

“Jualan domestik meningkat 3.3 peratus dipacu oleh inovasi berterusan dan inisiatif baharu, serta kejayaan pemasaran dan promosi perdagangan.

“Eksport menunjukkan pemu­lih­an yang baik dengan menca­tatkan pertumbuhan 9.6 peratus berbanding prestasi yang tidak berubah pada 2015,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Keuntungan sebelum cukai yang lebih baik disebabkan oleh jumlah perolehan yang lebih tinggi, harga komoditi lebih baik serta peningkatan kecekapan kilang dan keseluruhan rangkai­an bekal­an, katanya.

“Penjimatan ini sebahagiannya dilaburkan semula dalam pasaran yang lebih kukuh dan promosi dagangan yang membantu mengukuhkan kedudukan bahagian pasaran,’’ katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain