Naib Presiden Perodua Auto Corp. Sdn. Bhd., Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ini ke­rana infrastruktur untuk EV dan hibrid masih belum diperluaskan di dalam negara.

Sehubungan itu katanya, Perodua akan meneruskan usaha untuk mengoptimumkan penggunaan enjin sedia ada menjadikan ia lebih cekap dan jimat penggunaan minyak.

“Perodua masih belum me­ngeluarkan sebarang cadangan untuk EV pada masa depan.

“Jika kita mahu mengeluarkan model EV, kita perlu membuat kajian mengikut keperluan pasaran dan kesesuaian di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia yang melawat Tokyo Motor Show 2017 di sini hari ini.

Pada pameran itu, Daihatsu yang merupakan rakan teknologi dan teknikal serta pemegang saham Perodua melancarkan lima kenderaan konsep.

Model tersebuat ialah DN Pro Cargo yang merupakan EV, DN Compagno, DN U-Space, DN Trec dan DN Multisix.

Tema syarikat pembuat ken­deraan kompak global itu kali ini ialah ‘Terangi Anda’ (Light you up) sempena ulang tahunnya ke-110.

Mengulas mengenai tema Daihatsu, Zainal Abidin berkata, syarikat itu telah mempunyai pelan hala tuju ke arah EV.

Beliau berkata, Daihatsu sentiasa menekankan kepada kecekapan kos dan mampu milik dalam menghasilkan model-mo­del baharu. – UTUSAN