Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peranti Samsung kalis air, tahan lasak

Ujian kalis air adalah sebahagian daripada komitmen Samsung untuk
Ujian kalis air adalah sebahagian daripada komitmen Samsung untuk kualiti, keselamatan dan inovasi bagi memastikan telefon pintar masih boleh berfungsi walaupun di bawah tekanan.

KUALA LUMPUR 1 Mac – Samsung Malaysia Electronics sentiasa komited untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan melalui gabungan inovasi dan fungsi baharu dalam telefon pintar untuk memberi pengalaman luar biasa.

Minggu ini, Samsung memuat naik dua video di laman YouTube yang memaparkan ujian kalis air dan ketahanan Samsung.

Menurut Samsung, video berkenaan membolehkan orang ramai melihat satu siri ujian terhadap peranti yang memberi jaminan keselamatan serta memulihkan kepercayaan kepada jenama tersebut.

Jelasnya, video ujian kalis air selama 30 saat menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge diuji di bawah titisan air hujan dan tenggelam 1.5 meter di dalam air selama 30 minit.

“Ujian ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk kualiti, keselamatan dan inovasi bagi memastikan telefon pintar masih boleh berfungsi walaupun di bawah tekanan.

“Sementara itu, video kedua mengenai ujian ketahanan Samsung boleh ditonton pada pautan https://youtu.be/V_v2jJEJ4Ik,” jelas syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua video berkenaan juga boleh didapati di laman web Samsung di www.samsung.com/my/smartphones dan platform media sosial.

Samsung baru-baru ini, memperkenalkan model baharu Samsung Galaxy A Series (2017) yang menggabungkan reka bentuk premium dengan pelbagai manfaat utama.

Antara ciri utama peranti itu termasuk kalis air dan debu dengan penarafan IP68 yang merupakan pertama se­umpamanya daripada rangkaian Samsung Galaxy A Series.

Galaxy A5 (2017) dan Galaxy A7 (2017) merupakan tambahan baharu bagi pasaran Malaysia dan kedua-dua model itu melengkapkan ke­perluan golongan milenial yang kini lebih spontan dan sering mencari kelainan dalam aktiviti harian mereka.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain