-
MOHAMMED AZLAN HASHIM

Pengerusi KWAP, Datuk Mo­hammed Azlan Hashim berkata, peruntukan itu yang dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap dan ekuiti, mewakili kira-kira 12.42 peratus daripada jumlah aset pelaburan sebanyak RM140.80 bilion.

Katanya, pengurus portfolio domestik mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 18.1 peratus sejak sepuluh tahun lepas.

“EFM antarabangsa pula men­catatkan CAGR sebanyak 26.6 peratus setahun dari 2011 hingga 2017.

“Tindakan memanfaatkan EFM yang menyediakan dana itu memberi keupayaan dan peluang yang lebih luas dan inovatif,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Mohammed Azlan berkata, KWAP akan terus menyokong industri pengurusan dana dengan memperuntukkan mandat utama strategik untuk meningkatkan pulangan.

“EFM boleh mengharapkan KWAP untuk terus meningkatkan mandat dan pada masa yang sama menambah baik dasar bagi memberi insentif kepada pelaksanaan EFM sebagai sebahagian daripada strategi mempelbagaikan pe­laburan kami,” katanya.

KWAP baru-baru ini me­ngiktiraf pengurus dana yang memperoleh pulangan diselaras risiko jangka panjang dan menjadi pengurus ber­tanggungjawab untuk pelaburan lestari pada anugerah EFM 2018 KWAP.

Kategori anugerah terma­suk Ekuiti Konvensional Domestik, Ekuiti Syariah Domestik, Ekuiti ESG Domestik, Ekuiti Modal Kecil Domestik dan Ekuiti Antarabangsa bagi mandat ekuiti dan Pendapatan Tetap Domestik, Sukuk Domestik dan Pendapatan Tetap Antarabangsa untuk mandat pendapatan tetap.

Setiap pengurus dana te­lah dinilai dan dipilih melalui proses pemarkahan teliti yang mengukur prestasi berdasarkan metrik kuantitatif dan kualitatif utama.