Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr. Li Chunrong berkata, setakat ini pihaknya hanya berjaya mengurangkan kos sebanyak tujuh peratus.

“Proton perlu bekerja keras kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai sasaran ini,” katanya dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MAI dan Proton Holdings Berhad (Proton) di sini hari ini

Yang turut hadir CEO MAI, Datuk Madani Sahari; Timbalan CEO Proton, Datuk Radzaif Mohamed dan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin K. Talagavathi.

Sementara itu, Madani berkata, MAI dan Proton bekerjasama untuk mengoptimumkan perkongsian sumber dalam membangunkan para pembekal bahagian dan komponen kenderaan Proton bagi mencapai standard global.

Katanya, sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk kerjasama itu dan pelaksanaannya melibatkan 30 pembekal Proton sedia ada.

“MoU ini adalah untuk tempoh lima tahun dan melibatkan pelbagai sumber daripada kedua-dua belah pihak untuk memaksimumkan penggunaan infrastruktur pembangunan automotif sedia ada. Perkongsian ini merangkumi bidang aplikasi rekaan termaju, simulasi proses digital dan teknologi pengesahan yang ditambah baik,” jelasnya.