Menurut Malaysia Airlines, buat masa ini kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada pelan pemulihan dan memberi keutamaan kepada operasi dan perkhidmatan kepada para pelanggan.

"Kami mengambil maklum tentang pengumuman yang tidak dijangka oleh Ryanair ini berhubung kedudukan Bellew. Ini memandangkan pada sidang akhbar 27 September lalu, beliau menyatakan komitmennya terhadap Malaysia Airlines ketika ditanya berhubung spekulasi tersebut.

"Malah, beliau gembira berada di Malaysia dan menyifatkan pemulihan Malaysia Airlines sebagai pencapaiannya yang paling hebat," katanya. - UTUSAN ONLINE