Walaupun hangat diperkatakan, Pengasas dan CEO syarikat penerbangan itu Nguyen Thi Phuong Thao tidak merasa malu, malah beliau menganggap pendekatan yang inovatif itu sebagai simbol pemerkasaan.

“Anda berhak untuk memakai apa sahaja, sama ada bikini atau aodai (pakaian tradisional Vietnam). Jika pelanggan kami gembira dengan penampilan berbikini, kami turut gembira. Kami melakukannya kerana ianya cantik dan menyeronokkan, dan kami tidak mahu  dilihat sebagai terlalu serius,” kata wanita yang lemah lembut itu.

Nguyen Thi Phuong Thao
Nguyen Thi Phuong Thao

Strategi bijak beliau akhirnya membuahkan hasil. Dalam jangka masa kurang daripada lima tahun, Thao telah berjaya membawa VietJet ke satu tahap yang mengkagumkan di samping meningkatkan jumlah penumpang mengatasi syarikat penerbangan di negara itu.

Salah satu kunci kejayaan beliau ialah keupayaan menentukan masa yang paling sesuai untuk menyertai perniagaan ini.

Beliau mengambil masa hampir 10 tahun untuk mengkaji industri penerbangan dan bertemu dengan CEO syarikat penerbangan tambang murah yang lain di rantau ini sebelum menubuhkan syarikat penerbangan berkenaan. Ketika itu, industri penerbangan di Vietnam masih belum membangun dan tidak mempunyai sebarang syarikat penerbangan tambang murah. Pertambahan jumlah golongan pertengahan di Vietnam juga semakin meningkat dan kerajaan baru sahaja membuka pintunya bagi menggalakkan persaingan di dalam industri penerbangan.

Thao sedang menempa nama sebagai wanita Vietnam pertama yang memiliki aset bernilai berbilion dolar. Beliau mahu menjadikan VietJet sebagai syarikat penerbangan Emirates di Asia (Emirates of Asia). Antara cita-cita beliau bagi VietJet tahun ini termasuklah tawaran awam permulaan (IPO) serta pengembangan penerbangan ke Asia Timur dan Asia Timur Laut.

Thao menjadi seorang jutawan pada usia seawal 21 tahun, hasil penjualan mesin faks dan getah lateks ketika masih menuntut dalam bidang ekonomi dan kewangan di Moscow. Beliau kini tersenarai dalam senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di dunia oleh Forbes. Menurut Bloomberg, wanita berusia 45 tahun ini dijangka memiliki kekayaan berjumlah US$1.37 bilion apabila syarikat penerbangan swasta itu disenaraikan di bursa saham dalam masa tiga bulan lagi.

Semenjak penerbangan sulungnya pada Disember 2011, VietJet telah berjaya menguasai 30 peratus separuh daripada bahagian pasaran Vietnam. Ketika ini, syarikat penerbangan itu menawarkan 34 penerbangan laluan domestik dan 16 penerbangan antarabangsa termasuklah Singapura, Thailand dan Myanmar. Pada awal bulan ini, syarikat penerbangan itu telah melancarkan penerbangan pertamanya di Malaysia, dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City.

Untuk menyertai pengalaman penerbangan VietJet yang menyeronokkan dan berinovasi, sila layari www.vietjetair.com atau www.m.vietjetair.com (laman mudah alih), muat turun aplikasi vietjetair, kunjungi laman vietjetairvietnam  di Facebook atau hubungi pusat panggilan 24 jam kami di (+603) 2730 9887 atau emel kepada [email protected]