Bank tersebut dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, jongkong emas seberat satu kilogram yang merupakan hadiah utama Kempen Emas 1 Kilo telah dimenangi oleh seorang suri rumah dari Subang Perdana, Selangor, Hamidah Abd. Wahid.

“Saya memilih Ar-Rahnu Bank Rakyat kerana perkhidmatan yang ditawarkan patuh Syariah, selamat dan terjamin. Alhamdulillah perkhidmtan ini telah membantu memudahkan urusan pengajian anak-anak saya” kata Hamidah kepada media selepas majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Menara Bank Rakyat di sini hari ini.

Kempen itu juga turut menawarkan hadiah barangan kemas masig-masing bernilai RM10,000, RM8,000, RM5,000 dan RM3,000.

Sementara itu, hadiah utama kempen Beli Rumah Dapat Kereta iaitu sebuah kereta model Honda Accord 2.0 pula telah dimenangi oleh suri rumah dari Bachok, Kelantan Nazita Ya’akub.

“Akhirnya impian saya untuk memiliki rumah idaman menjadi kenyataan menerusi Pembiayaan Perumahan - i Bank Rakyat,” kata beliau.

Empat peserta kempen Beli Rumah Dapat Kereta yang lain iaitu Muhamad Aminuddin Daud, Azizi Abdul Khalib, Muhamad Rohaizad Muhamad Kher dan Mohd Shamil Razali masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, RM30,000, RM12,000 dan RM8,000.

Bagi kempen #BankRakyatCares pula, pihak bank telah memilih seramai 27 orang pemenang utama untuk diberikan hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM30,000 dan pakej percutian.

Kempen #BankRakyatCares telah diadakan bagi mempromosi produk Bank Rakyat iaitu Pembiayaan Peribadi-i, Kad Kredit-I serta Kad Debit-i, Kelab Nuri, Pembiayaan Mikro-i, Pembiayaan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), Koperasi dan Ejen Bank.

Memnurut Ketua Pegawai Operasi, Perniagaan Bank Rakyat, Datuk Amirudin Abdul, Kempen #BankRakyatCares diadakan bagi mempromosi produk Bank Rakyat iaitu Pembiayaan Peribadi-i, Kad Kredit-I serta Kad Debit-i, Kelab Nuri, Pembiayaan Mikro-i, Pembiayaan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), Koperasi dan Ejen Bank.

“Bank Rakyat akan menambah baik kempen sedia ada bagi menghargai pelanggan yang setia memilih produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami,” kata Amirudin Abdul. - UTUSAN ONLINE