Mereka juga berharap untuk mendapat sokongan daripada pengurus aset yang lebih besar.

Bendahari dari Illinois, Rhode Island dan Pennsylvania, serta Pegawai Kewangan New York City, Scoot Stringer, secara bersama mengusulkan cadangan itu.

Cadangan pemegang saham itu juga yang mahukan pengerusi bebas di Facebook telah gagal pada 2017, yang mana Zuckerberg memegang kawalan majoriti.

Bendahari Rhode Island, Seth Magaziner berkata, cada­ngan baharu itu masih berbaloi untuk difailkan sebagai satu cara bagi menarik perhatian terhadap masalah di Facebook dan bagaimana untuk menyelesaikannya.

“Ini akan membolehkan kita memaksa perbincangan da­lam mesyuarat tahunan dan dari sekarang sehingga ke mah­kamah pendapat orang awam,” kata Magaziner dalam satu wawancara telefon.

Jurucakap Facebook bagai­ma­napun enggan mengulas me­ngenai perkara itu.

Sekurang-ku­rangnya tiga daripada empat dana awam turut menyokong resolusi pada 2017.

Cadangan terkini itu adalah untuk mesyuarat peme­gang saham tahunan Facebook pada Mei tahun depan, dengan permintaan untuk menubuhkan ahli lembaga pe­ngarah bebas bagi meningkatkan pe­ngawasan, satu amalan biasa di syarikat lain.

Ia merujuk kontroversi yang telah menjejaskan reputasi rangkaian media sosial terbesar dunia itu, termasuk perkongsian maklumat pengguna tanpa izin, penambahan berita palsu dan campur tangan asing dalam pilihan raya AS.

Saham Facebook berdepan tempoh sukar tahun ini, ditekan oleh isu privasi dan operasi serta kebimbangan terhadap pertumbuhan pendapatan yang perlahan.

Zuckerberg memegang kira-kira 60 peratus hak mengundi, menurut pemfailan syarikat itu pada April.

Dana pencen New York City memiliki kira-kira 4.5 juta saham Facebook setakat 31 Julai, manakala Trillium Asset Ma­nage­ment memegang 53,000 saham.

Bendahari Pennsylvania pula memegang 38,737 saham dan Bendahari Illinois sebanyak 190,712 saham setakat Ogos. Dana Rhode Island memiliki 168,230 saham Facebook, kata seorang jurucakap. – REUTERS