Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Feisal Abdul Rahim berkata, keputusan itu akan memberikan ruang kepada kumpulan memiliki banyak kapasiti untuk terus berkembang.

Katanya, ia akan menghapuskan hutang yang tinggi dan menggiatkan semula kedudukan kewangan bagi membolehkan pelaburan baharu yang akan menyokong pertumbuhan segmen-segmen teras UMW.

Jelas beliau, UMW menjangkakan hasil yang stabil untuk 2017 berbanding tahun lepas dengan prospek jangka panjang tiga perniagaan teras iaitu automotif, jentera dan pembuatan serta kejuruteraan.

“Pelupusan perniagaan O&G akan memperkukuh kunci kira-kira, kedudukan kewangan dan penumpuan semula kepada perniagaan teras UMW.

“Berikutan keputusan strategik itu, prospek masa depan UMW telah meningkat dengan kedudukan kewangan dan prestasi kumpulan dijangka bertambah baik,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Prestasi keseluruhan kumpulan diakui telah menerima kesan negatif susulan kerugian bahagian O&G ekoran kelembapan industri.

Walau bagaimanapun segmen perniagaan selain O&G UMW ia­itu automotif, jentera, pembuatan dan kejuruteraan kekal me­nguntungkan sepanjang 2016.

Meskipun keadaan ekonomi mencabar, daya tahan yang ditunjukkan oleh segmen perniagaan teras yang lain untuk terus mengekalkan keuntungan dalam keadaan operasi amat mencabar.