Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelaburan: Apa pilihan kita?

RIBUAN pengunjung memasuki dewan pameran semasa Minggu Saham Amanah
RIBUAN pengunjung memasuki dewan pameran semasa Minggu Saham Amanah Malaysia 2015 (MSAM 2015) di Sibu, Sarawak awal tahun ini, yang membuktikan minat tinggi orang ramai dalam bidang pelaburan. Gambar: NOORADZRENE MOHD NOOR / Pemberita: Zunaidah Zainon Utusan Malaysia AM

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Satu perkara tentang pelaburan yang cukup menarik untuk diperkatakan apabila wujudnya pelbagai agensi yang menawarkan produk pelaburan dan berlumba-lumba untuk menarik perhatian pelanggan.

Sebagai pelanggan pula, pas­tinya kita mahukan sesuatu yang mampu memberi jaminan bukan sahaja dari segi pulangan dividen dan bonus tetapi sejauh mana pelaburan yang dipilih itu mampu memberi jaminan untuk masa depan.

Sebenarnya, banyak pertimbangan perlu diambil kira sebelum membuat sebarang pelaburan dan meletakkan sejumlah wang di sesuatu tempat.

Sebahagian besar daripada kita secara dasarnya memikul banyak tanggungjawab sama ada menyara ibu bapa atau adik-adik yang masih belajar, tanggungan hutang rumah atau kenderaan dan seterusnya membesarkan anak-anak terma­suk memberi mereka pendidikan berkualiti.

Malah kita juga, mengharapkan apabila sesuatu pelaburan itu dibuat, ia kemudiannya dapat mengharungi usia persaraan dengan jaminan kewangan dan perlindungan perubatan terbaik.

Keutamaan-keutamaan ini sering meletakkan pelanggan dalam dilema untuk mencari produk pelaburan terbaik menerusi sa­luran yang betul.

Disebabkan perkara ini juga, terdapat sebahagian besar daripada kita tetap terjerumus dengan pilihan pelaburan yang belum tentu sah di sisi undang-undang dan akhirnya mengundang malapetaka selepas banyak duit dilaburkan tetapi hasilnya hilang begitu sahaja.

Walaupun pelbagai program dianjurkan termasuk di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB), namun orang ramai masih lagi termakan dengan janji-janji manis sesetengah pihak untuk mendapat habuan besar dan pulangan berganda-ganda.

Masyarakat seharusnya sedar, pelaburan dalam skim yang menawarkan pulangan kecil, risiko kerugiannya juga kecil sebaliknya jika pulangan yang dijanjikan besar maka risiko yang bakal ditanggung juga besar.

Jadi, ke mana kita mahu le­takkan pelaburan atau membuat pilihan, adalah terletak di tangan kita. Semua orang mahu menjadi kaya, hidup senang tetapi jalan bagaimana yang menjadi pilihan kita, sengsara atau bahagia?

Secara dasarnya, banyak inisiatif dilaksanakan pelbagai pihak untuk mendidik masyarakat menjadi pelabur yang bijak sama ada menerusi medium cetak, elektro­nik atau secara interaktif.

Satu daripadanya, menerusi penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang telah dianjurkan PNB sejak 16 tahun lalu dengan mengambil inisiatif bergerak ke seluruh negara demi mendekati pelbagai lapisan masyarakat termasuk di kawasan luar bandar.

Sebagai firma pelaburan yang diberi kepercayaan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya membuat pelaburan mengikut saluran yang betul, PNB setakat ini mengurus 202.37 bilion unit amanah saham yang dilanggan 12.34 juta pemegang akaun menjadikan aset di bawah pe­ngurusan PNB kini bernilai lebih RM273.1 bilion termasuk dana milik firma tersebut.

Jumlah tersebut mewakili lebih kurang daripada 40.3 peratus jumlah penduduk di negara ini. Dana tersebut digunakan untuk membeli saham-saham PNB dalam syarikat pelaburannya dan juga nilai aset hartanahnya yang berjumlah berbilion ringgit.

Sementara itu, inisiatif InvestSmart yang dibawakan Suruhanjaya Sekuriti (SC) merupakan satu platform untuk memperkasa pelabur supaya lebih bertanggungjawab ketika menyertai pasaran modal.

Inisiatif tersebut menyasarkan untuk memupuk kesedaran pelabur dalam pasaran modal terutama kepada golongan muda yang masih menuntut di universiti dan kolej yang akan melangkah ke bidang pekerjaan.

InvestSmart juga bermatlamat untuk melahirkan pelabur yang mampu membuat keputusan berhemah dan berpengetahuan sebelum memasuki pasaran modal Malaysia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain