Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

INI adalah berdasarkan kisah benar di dalam dunia saham. Ramai yang menghubungi saya melalui e-mel dan pesanan peribadi di media sosial Facebook yang bertanyakan tentang pembelajaran saham, nasihat saham serta perkara-perkara yang bersangkutan dengan pasaran saham.

Saya telah dihubungi oleh Sazali (bukan nama sebenar) melalui pesanan peribadi di media sosial Facebook yang berhasrat untuk menceburi bidang pelaburan saham.

Sebagaimana yang sedia maklum, saya sering mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang berminat melabur di dalam pasaran saham Bursa Malaysia agar mempelajari asas-asas mengenai pasaran saham terlebih dahulu.

Setiap pelaburan terdedah kepada risiko dan setiap perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia juga terdedah kepada risiko kerugian.

Justeru, saya menyarankan kepada dia agar mendapatkan ilmu pelaburan saham terlebih dahulu termasuk membuat persiapan sebelum melabur.

Persediaan tersebut seperti mengikuti kolum Cikgu Saham di Utusanbiz yang disiarkan pada setiap hari Rabu atau membaca panduan saham di akaun Facebook Cikgu Saham.

Panduan yang lain pula ialah seperti memerhatikan turun naik harga saham sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari bagi yang ingin membuat urus niaga saham secara aktif di pasaran terbuka, membaca atau mengambil tahu perkembangan dunia saham atau berita-berita syarikat tersenarai serta menetapkan prinsip atau matlamat pelaburan.

Tujuan saya menangguhkan untuk memberikan pembelajaran saham secara menyeluruh ialah untuk melatih seseorang itu mempunyai sikap penyabar, rajin mengambil tahu atau mengikuti perkembangan pasaran semasa serta berdisiplin dalam melakukan aktiviti pelaburan.

Mungkin setiap orang mempunyai pendekatan masing-masing tetapi pendekatan yang saya lakukan ini semata-mata untuk melahirkan generasi pelabur dan pedagang saham yang bijak dan berjaya menjana pendapatan yang berterusan.

Ini kerana sehingga di saat ini masih ramai yang kecundang dan tersilap memilih saham syarikat tersenarai yang boleh menghasilkan keuntungan dalam pelaburan yang dibuat.

Contoh yang terdekat kita ambil daripada kolum yang disiarkan pada minggu lepas yang mana saham syarikat yang baru tersenarai di Bursa Malaysia telah jatuh 36 peratus daripada harga terbitan.

Justeru pelabur yang melanggan saham tawaran awam permulaan (IPO) tersebut tidak sempat merasai keuntungan daripada pelaburan yang dibuat.

Dan ini menunjukkan bahawa pelaburan di pasaran saham mempunyai risiko kejatuhan harga dan ini perlu dielakkan dengan adanya ilmu serta membuat persediaan awal.

Saya juga melarang Sazali daripada membuat urus niaga jual beli saham sebelum mendapatkan pembelajaran saham daripada saya. Juga, semasa dalam proses belajar, saya tidak membenarkan pelajar untuk memasuki pasaran sebelum mereka benar-benar faham apa yang diajar.

Tempoh ‘berpantang’ ini mungkin selama satu bulan dan maksimum tiga bulan. Dan ini terkecuali kepada membuat pelaburan di dalam saham IPO.

Dalam proses pembelajaran ini, saya akan memantau perkembangan atau prestasi pelajar dari segi soal jawab dan tugas yang saya berikan. Tugas utama yang saya berikan ialah untuk mengenal pasti atau menyaring saham-saham berpotensi setiap hari.

Ini bermakna tugasan ini perlu dilakukan setiap hari dalam masa satu bulan sehingga tiga bulan atau dipanggil sebagai paper trade atau urus niaga saham atas kertas.

Komunikasi dua hala sangat digalakkan dalam proses pembelajaran ini agar pelajar dapat membetulkan kesilapan atau bertanya apa-apa soalan tentang pasaran saham yang berdasarkan urus niaga sebenar iaitu dari jam 9 pagi hingga 5 petang memandangkan pelabur atau pedagang saham tidak perlu berada di depan skrin komputer atau telefon bimbit melihat turun naik harga saham sepanjang hari.

Berbalik kepada kisah Sazali, segala nasihat dan panduan yang saya berikan tidak dipatuhi. Saya telah dihubungi beberapa kali oleh Sazali yang meminta pendapat tentang sesuatu saham syarikat tersenarai tetapi saya melarang dia daripada membuat urus niaga saham sehingga saya memulakan pembelajaran saham kepadanya.

Dipendekkan cerita, saya sangat kecewa melihat portfolio pelaburan Sazali telah menanggung kerugian di atas kertas sebanyak RM33,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan. Dan kerugian ini dibuat sebelum mendapatkan pembelajaran daripada saya.

Diharap para pembaca mengambil iktibar daripada kisah Sazali.

Untuk mendapatkan pengetahuan tentang pasaran saham, sila hadir ke Simposium Saham Utusan 2017 dengan mendaftar di pautan ini: http://bit.ly/simposiumsaham utusan2017

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain