Mircrosoft dikritik hebat pada bulan lalu kerana tidak menyedia­kan patch keselamatan secepat mungkin kepada pengguna Windows XP bagi menangani ancaman berkenaan.

Bagaimanapun, kritikan tersebut dipandang serius dan akhirnya syarikat itu mengeluarkan patch Windows XP pada Update Tuesday, baru-baru ini.

Microsoft telah menghentikan secara rasmi sebarang kemas kini bagi Windows XP sejak 2014, na­mun berpendapat bahawa pi­haknya perlu memberi perlin­dungan kepada sistem yang telah lama dihentikan kemas kini.

Dalam pada itu, Microsoft memberitahu pengguna Windows 10 atau Windows 8.1 tidak perlu bimbang kerana sistem operasi mereka telah dilengkapi dengan ciri-ciri pertahanan terkini.

“Kami memberikan perlindu­ngan terbaik kepada sistem operasi baharu berbanding sistem lama. Walaupun sistem lama sentiasa dikemaskini, namun ia ma­sih ketinggalan dalam semua aspek,” katanya di sini hari ini.

Ransomware WannaCry yang berlaku pada bulan lepas memberi kesan kepada lebih 150 negara dengan 200,000 buah komputer menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab. Untuk membuka semula fail, mangsa perlu membayar AS$300 (RM1,276) da­lam bentuk Bitcoins. – AGENSI