Odakyu Group yang terdiri daripada Odakyu Electric Railway Co., Ltd., UDS Ltd. dan ELLISTA Inc, menawarkan empat jenis pakej lawatan harian bermula Oktober lalu.

Pakej berkenaan memboleh­kan pelancong ke kawasan pelancongan di laluan kereta api itu, yang menghubungkan Shinjuku, Tokyo, dengan tempat pelancongan popular seperti kawasan Hakone dan Enoshima-Kamakura di wilayah Kanagawa.

Pelancong boleh menikmati pengalaman dua jam untuk merasai makanan tradisional dan meneroka tempat-tempat bersejarah di Yoyogi Uehara pada 4,000 yen (RM147.88) atau 5,000 yen (RM184.76) selama dua jam perjalanan ke kawasan kediaman tempatan di Shimokitazawa yang terkenal dengan subbudaya anak muda, kata satu kenyataan.

Pakej lain ialah ‘Oyama Sacred Mountain Hike’ – mendaki sehari (kira-kira enam jam) de­ngan penduduk tempatan ke Gunung Oyama di Kanagawa pada 14,000 yen (RM517.16)
Pelancong juga boleh membayar 5,000 yen (RM184.76) untuk lawatan ke Istana Samurai Odawara.

Odawara adalah pintu masuk ke Hakone, yang mempunyai stesen bagi laluan keretapi laju Tokaido Shinkansen.

Bagi semua pakej ini, pelancong dikehendaki membuat tempahan terlebih dahulu.

Maklumat terperinci dalam Bahasa Inggeris juga akan disediakan semasa lawatan.

Setiap pakej, sekurang-ku­rang­nya dua peserta, akan dijual pada harga kempen (seperti di atas) untuk tempoh tertentu dan tarikh penamatan kempen belum diputuskan.

Maklumat dan tempahan boleh dibuat di https://ellista.jp/category/tour/ dan tiket boleh dibeli di Odakyu Sightseeing Service Center Shinjuku West dan ELLISTA di Inbound League. – BERNAMA