Ahli Majlis AICB, Datuk Moha­med Azmi Mahmood berkata, kerjasama itu bertujuan mempromosikan dan saling membantu antara satu sama lain dalam bidang tersebut.

Katanya, MoU berkenaan akan menyokong pembangunan profesional pengamal jaminan kredit bagi kedua-dua pihak.

Jelas beliau, bidang kerjasama termasuk pertukaran kepakaran, promosi kelayakan profesional kredit AICB untuk pembangunan kakitangan Perum Jamkrindo dan bidang lain yang saling menguntungkan.

“Pertumbuhan pesat pemba­ngunan pendidikan profesional meliputi segmen perbankan dan kewangan di Malaysia dan Indonesia memerlukan pemain industri dilengkapi kemahiran serta nilai yang tepat.

“Justeru MoU ini akan dapat memenuhi permintaan organisasi bukan sahaja di kedua-dua negara malah di seluruh rantau ASEAN,” katanya selepas majlis menandatangani MoU di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Pe­ngarah Perum Jamkrindo, Diding S. Anwar.

Perum Jamkrindo adalah syarikat jaminan kredit yang pertama dan terbesar di Indonesia yang memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan jaminan kredit secara konvensional mahupun syariah.

Sementara itu, Diding berharap MoU itu akan menyediakan pe­luang bagi kedua-dua pihak untuk memperkenalkan kelayakan profesional dalam jaminan kredit untuk pekerja Perum Jamkrindo dan syarikat sekutunya.